Saturday, April 4, 2015

APLIKASI MUATAN HABA TENTU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

(TELAH DIRINGKAS)

PENGHARGAAN
            Terlebih dahulu, saya Mohd Farmiezie ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Pn Hamidah bt. Ripin kerana telah mengajar saya matapelajaran ini. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan folio ini, banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh beliau tentang mengkaji aplikasi muatan haba tentu dalam kehidupan seharian.
            Tidak lupa juga saya tujukan penghargaan ini kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah banyak membantu saya dari segi kewangan dan dorongan yang amat berguna kepada saya sepanjang masa saya untuk menyiapkan tugasan ini.
            Semoga tugasan folio ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada mana-mana pelajar yang ingin merujuk bahan saya pada masa akan datang. Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam tugasan folio ini.
            Akhir kata, saya berasa amat bersyukur kerana saya telah menyiapkan tugasan folio ini sebelum masa yang ditetapkan untuk menghantar. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan, manakala yang lemah itu atas kelemahan kita sebagai insani.
            Sekian, terima kasih.



PENGENALAN
            Dalam fizik, muatan haba tentu, c merupakan jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan seunit suhu per unit jisim sesuatu bahan. Definisi muatan haba tentu yang lazim digunakan dalam dunia ialah jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kg sesuatu bahan dengan 1 K.
            Muatan haba tentu bagi sejenis bahan, contohnya airunsur kimia, sebatian dan lain-lain adalah tetap.
            Kuantiti ini berbeza dengan muatan haba, C yang merupakan jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan tanpa mengambil kira jisim bahan itu.

Unit SI bagi muatan haba tentu ialah J kg-1 K-1.




PERINCIAN HURAIAN SETIAP APLIKASI

a)    SISTEM PENYEJUKAN ENJIN KERETA
1.    Pembakaran yang terhasil dalam sebuah enjin kenderaan menghasilkan jumlah haba yang besar. Terdapat keperluan untuk mengeluarkan haba dari enjin untuk mengelakkan pemanasan enjin yang keterlaluan.
2.    Air yang mempunyai muatan haba tentu yang sangat tinggi ( 4200 J kg-1 °C-1) ialah suatu cecair yang sesuai untuk bertindak sebagai agen penyejukan untuk menyerap jumlah haba yang besar tanpa kenaikan magnitud suhu yang besar.
3.    Pam air (water pump) akan mengepam air ke dalam blok enjin. Blok enjin mengandungi saluran berongga untuk air mengalir melaluinya. Keadaan ini membolehkan air untuk menyerap haba yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api.
4.    Kemudian air panas akan mengalir ke radiator di mana ia kemudian disejukkan oleh udara yang disedut masuk oleh kipas radiator melalui sirip penyejukkan radiator. Maka, haba dihilangkan dalam proses ini.
5.    Air dipilih sebagai pendingin di dalam enjin kerana:
a)    Ia mempunyai muatan haba tentu yang tinggi.
b)    Ia mempunyai takat didih yang tinggi.
c)    Ia adalah murah dan mudah didapati.
d)    Ia tidak bertindak balas dengan bahagian-bahagian di dalam enjin.

a)    CEREK

1.    Badan,dasar dan pemegang cerek dibuat daripada bahan dengan muatan haba tentu yang berbeza.
2.    Pemegang diperbuat daripada bukan-logam seperti kayu dan plastik yang merupakan penebat haba dengan muatan haba tentu yang besar. Haba akan mengalir dengan perlahan ke pemegang dan ia boleh dipegang dengan mudah.
3.    Dasar cerek diperbuat daripada logam seperti kuprum yang merupakan pengalir haba yang baik dan mempunyai muatan haba tentu yang kecil. Dasar ini akan menjadi panas dengan cepat. Kuprum yang juga berketumpatan tinggi menyebabkan dasar lebih berat. Ini memastikan bahawa cerek itu adalah lebih stabil.
4.    Badan cerek diperbuat daripada logam seperti aluminium yang merupakan pengalir haba yang baik dan mempunyai muatan haba tentu yang kecil. Aluminium yang juga berketumpatan rendah menyebabkan badan cerek menjadi ringan.


 

b)    BAYU DARAT

1.    Laut mempunyai muatan haba tentu yang lebih tinggi berbanding dengan darat. Pada waktu malam, laut mengalami pengurangan suhu yang lebih perlahan berbanding dengan darat. Udara di atas laut dipanaskan dan naik ke atas akibat ketumpatanya yang rendah.
2.    Udara panas menghasilkan satu kawasan tekanan rendah di atas laut dan kemudian udara sejuk bergerak ke arah laut untuk mengisi ruang vakum separa pada permukaan laut.
3.    Pengaliran udara sejuk dari darat ke laut ini dipanggil Bayu Darat



c)    BAYU LAUT

1.    Darat mempunyai muatan haba tentu yang lebih kecil berbanding dengan laut. Pada waktu siang, apabila matahari mengeluarkan haba, darat mengalami kenaikan suhu yang lebih cepat. Udara di atas darat dipanaskan dengan lebih cepat dan naik ke atas akibat ketumpatannya yang rendah.
2.    Udara panas menghasilkan satu kawasan tekanan rendah di atas darat dan dengan itu udara sejuk dari laut akan begerak ke kawasan pedalaman untuk mengisi vakum separa di atas darat.
3.    Pengaliran udara sejuk dari laut ke arah darat dipanggil Bayu Laut.




RUJUKAN
Internet:
http://mieyji96.blogspot.com/ (1 april 2015)

3 comments:

  1. Terima kasih kerana saya dapat menjadikan maklumat dlm blog tuan utk menyelesaikan kerja sekolah saya. :)

    ReplyDelete
  2. Apakah kegunaan aluminium berdasarkan muatan Hana tentunya.

    ReplyDelete