(TELAH DIRINGKAS)
PENGHARGAAN
Terlebih
dahulu, saya Mohd Farmiezie ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya, Pn Hamidah bt. Ripin kerana telah mengajar saya matapelajaran
ini. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan folio ini, banyak ilmu yang telah
dicurahkan oleh beliau tentang mengkaji aplikasi muatan haba tentu dalam
kehidupan seharian.
Tidak
lupa juga saya tujukan penghargaan ini kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana
telah banyak membantu saya dari segi kewangan dan dorongan yang amat berguna
kepada saya sepanjang masa saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Semoga
tugasan folio ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada mana-mana pelajar
yang ingin merujuk bahan saya pada masa akan datang. Mohon maaf sekiranya
terdapat sebarang kekurangan dalam tugasan folio ini.
Akhir
kata, saya berasa amat bersyukur kerana saya telah menyiapkan tugasan folio ini
sebelum masa yang ditetapkan untuk menghantar. Sesungguhnya yang baik itu
datang dari Tuhan, manakala yang lemah itu atas kelemahan kita sebagai insani.
Sekian,
terima kasih.
PENGENALAN
Dalam fizik, muatan haba
tentu, c merupakan jumlah haba yang diperlukan untuk
meningkatkan seunit suhu per unit jisim sesuatu bahan.
Definisi muatan haba tentu yang lazim digunakan dalam dunia ialah jumlah tenaga
haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kg sesuatu bahan dengan
1 K.
Muatan haba tentu bagi sejenis bahan, contohnya air, unsur kimia, sebatian dan lain-lain
adalah tetap.
Kuantiti ini berbeza dengan muatan haba, C yang
merupakan jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan
tanpa mengambil kira jisim bahan itu.
PERINCIAN
HURAIAN SETIAP APLIKASI
a) SISTEM
PENYEJUKAN ENJIN KERETA
1.
Pembakaran yang terhasil dalam sebuah enjin kenderaan
menghasilkan jumlah haba yang besar. Terdapat keperluan untuk mengeluarkan haba
dari enjin untuk mengelakkan pemanasan enjin yang keterlaluan.
2.
Air yang mempunyai muatan haba tentu yang sangat
tinggi ( 4200 J kg-1 °C-1)
ialah suatu cecair yang sesuai untuk bertindak sebagai agen penyejukan untuk
menyerap jumlah haba yang besar tanpa kenaikan magnitud suhu yang besar.
3.
Pam air (water pump) akan mengepam air ke dalam blok
enjin. Blok enjin mengandungi saluran berongga untuk air mengalir melaluinya.
Keadaan ini membolehkan air untuk menyerap haba yang dihasilkan daripada
pembakaran bahan api.
4.
Kemudian air panas akan mengalir ke radiator di mana
ia kemudian disejukkan oleh udara yang disedut masuk oleh kipas radiator
melalui sirip penyejukkan radiator. Maka, haba dihilangkan dalam proses ini.
5.
Air dipilih sebagai pendingin di dalam enjin kerana:
a) Ia
mempunyai muatan haba tentu yang tinggi.
b) Ia
mempunyai takat didih yang tinggi.
c) Ia
adalah murah dan mudah didapati.
d) Ia
tidak bertindak balas dengan bahagian-bahagian di dalam enjin.
a) CEREK
1. Badan,dasar
dan pemegang cerek dibuat daripada bahan dengan muatan haba tentu yang berbeza.
2. Pemegang
diperbuat daripada bukan-logam seperti kayu dan plastik yang merupakan penebat
haba dengan muatan haba tentu yang besar. Haba akan mengalir dengan perlahan ke
pemegang dan ia boleh dipegang dengan mudah.
3. Dasar
cerek diperbuat daripada logam seperti kuprum yang merupakan pengalir haba yang
baik dan mempunyai muatan haba tentu yang kecil. Dasar ini akan menjadi panas
dengan cepat. Kuprum yang juga berketumpatan tinggi menyebabkan dasar lebih
berat. Ini memastikan bahawa cerek itu adalah lebih stabil.
4. Badan
cerek diperbuat daripada logam seperti aluminium yang merupakan pengalir haba
yang baik dan mempunyai muatan haba tentu yang kecil. Aluminium yang juga
berketumpatan rendah menyebabkan badan cerek menjadi ringan.
b) BAYU
DARAT
1.
Laut mempunyai muatan haba tentu yang lebih tinggi
berbanding dengan darat. Pada waktu malam, laut mengalami pengurangan suhu yang
lebih perlahan berbanding dengan darat. Udara di atas laut dipanaskan dan naik
ke atas akibat ketumpatanya yang rendah.
2.
Udara panas menghasilkan satu kawasan tekanan rendah
di atas laut dan kemudian udara sejuk bergerak ke arah laut untuk mengisi ruang
vakum separa pada permukaan laut.
3.
Pengaliran udara sejuk dari darat ke laut ini
dipanggil Bayu Darat
c) BAYU
LAUT
1.
Darat mempunyai muatan haba tentu yang lebih kecil
berbanding dengan laut. Pada waktu siang, apabila matahari mengeluarkan haba,
darat mengalami kenaikan suhu yang lebih cepat. Udara di atas darat dipanaskan
dengan lebih cepat dan naik ke atas akibat ketumpatannya yang rendah.
2.
Udara panas menghasilkan satu kawasan tekanan rendah
di atas darat dan dengan itu udara sejuk dari laut akan begerak ke kawasan
pedalaman untuk mengisi vakum separa di atas darat.
3.
Pengaliran udara sejuk dari laut ke arah darat
dipanggil Bayu Laut.
RUJUKAN
Internet:
http://mieyji96.blogspot.com/ (1 april 2015)