hahahhahahahhaahahaha |
fb: https://www.facebook.com/mieyjie wc:MieyjiTongkatAli96 whtsapp:0146977047
Monday, October 26, 2015
Saturday, August 29, 2015
PENCEMARAN ALAM SEKITAR (UDARA)
PENGENALAN
Dalam usaha
mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan
ekonomi dan projek-projek pembangunan negara telah dilakukan. Namun, kegiatan
tersebut telah mengakibatkan masalah-masalah alam sekitar ditimbulkan dan berlakulah
masalah pencemaran alam sekitar. Pencemaran juga bermaksud kemasukan
bahan pencemaran seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam
alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan
kesihatan manusia, mengancam sumber alam & ekosistem, serta mengganggu
ameniti & penggunaan halal alam sekitar. Takrifan pencemaran yang lebih
bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan
bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara lansung/tidak
lansung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi/aras sinaran mana-mana
bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan/meletakkan keadaan
berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan/kebajikan awam
atau organisma organisma lain, tumbuhan & haiwan.
DEFINISI
Pencemaran
udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang
terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.
Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada
manusia, tumbuhan dan haiwan. Bahan bahan ini akan memasuki kedalam tubuh
manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam
salur-salur darah.
Menurut Wark
dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan
pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu
jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia, haiwan
atau mengganggu suasana kehidupan.
JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primer.
Satu
penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses
pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus
akan terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada kesihatan
manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan
industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu
tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas
yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti
karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya
gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid
sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera
akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).
PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran
udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan
pencemaran oleh kilang asbestos, simen atau bateri kereta.
Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat
mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti
pembakaran sampah.
Ada sesetengah
masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan
arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.
Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti
gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara
berleluasa. Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi
kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan
yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan
penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin, letusan
gunung berapi, tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.
KESAN PENCEMARAN UDARA KEPADA ALAM SEKITAR
TERHADAP KEHIDUPAN
Kesihatan Manusia
Kesan utama kepada
kesihatan manusia adalah system pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida
akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan
tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan
mengurangkan fungsi paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan
menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas
ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap
ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil
kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia
mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah
tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan
kenderaan di jalan raya.
Haiwan
Bahan
Kesan kepada
bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara
seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah
halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara
akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.
Penyusutan Lapisan Ozon
Pencemaran
udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon
yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus
oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain
itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan
ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku
ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Kesan Rumah Hijau Dan Pemanasan Global
Kesan yang
paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan
pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global
berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat
dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan
gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang
terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi
meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan
bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan
kejadian alam yang tidak normal akan berlaku
Pencemaran
udara juga dapat memberi kesan terhadap atmosfera. Hal ini menyebabkan jarak
penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran
yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku.
LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menguatkuasakan Undang - Undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara
telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran.
Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang
dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air
dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai
90%.
Penggunaan Teknologi Moden
Dengan adanya teknologi
moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara
giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak
menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga
elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung
kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
Selain itu, terdapat beberapa lagi
kaedah bagi mengurangkan pencemaran udara seperti:
·
Menggunakan pengangkutan
awam.
·
Mengurangkan pembakaran
terbuka.
·
Menghijaukan kawasan.
·
Penggunaan petrol tanpa
plumbum.
·
Program kitar semula.
·
Meninggikan serombong asap
dan memasang alat penapis asap.
NYATAKAN DUA ALTERNATIF
YANG LAIN
Catalytic Converter (Penukar Bermangkin)
Penukar bermangkin,
juga dikenali sebagai pemangkin asap adalah alat yang dipasang pada sistem ekzos kenderaan untuk
mengurangkan kandungan bahan toksik di dalam asap ekzos seperti karbon
monoksida, nitrogen
oksida dan hidrokarbon tak terbakar. Pemasangan
penukar bermangkin adalah untuk memenuhi keperluan piawaian emisi yang ketat di sana, dan
kini boleh dikatakan kesemua model kereta baru serta kebanyakan
model motosikal dipasang dengan penukar
bermangkin.
Penukar bermangkin berfungsi dengan menggunakan makngkin
seperti platinum, palladium dan rodium untuk menukarkan gas – gas toksik
tersebut keada bahan – bahan yang kurang berbahaya seperti gas nitrogen, karbon
dioksida dan wap air.
NGV (Natural Gas
Vehicle)
NGV
adalah singkatan daripada kata penuh
“Natural Gas for Vehicle” atau di dalam Bahasa Melayu membawa maksud kenderaan
yang menggunakan gas asli. NGV adalah bahan api yang mesra alam dan tidak
mencemarkan alam sekitar serta dapat memberi impak yang baik terhadap ekonomi
Negara. NGV terdiri dari 96%-98% Methana (CH4) Gas ngv tidak sama dengan gas
yang kita gunakan untuk memasak atau LPG.
KEGUNAAN NGV DALAM KEHIDUPAN
·
Pengekalan
Penjimatan berbanding petrol (70%)
·
Kos
operasi yang rendah
·
Tidak
mencemar alam sekitar
·
Kenderaan
boleh bergerak dalam jarak yang lebih jauh Saturday, April 4, 2015
APLIKASI MUATAN HABA TENTU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
(TELAH DIRINGKAS)
PENGHARGAAN
Terlebih
dahulu, saya Mohd Farmiezie ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya, Pn Hamidah bt. Ripin kerana telah mengajar saya matapelajaran
ini. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan folio ini, banyak ilmu yang telah
dicurahkan oleh beliau tentang mengkaji aplikasi muatan haba tentu dalam
kehidupan seharian.
Tidak
lupa juga saya tujukan penghargaan ini kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana
telah banyak membantu saya dari segi kewangan dan dorongan yang amat berguna
kepada saya sepanjang masa saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Semoga
tugasan folio ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada mana-mana pelajar
yang ingin merujuk bahan saya pada masa akan datang. Mohon maaf sekiranya
terdapat sebarang kekurangan dalam tugasan folio ini.
Akhir
kata, saya berasa amat bersyukur kerana saya telah menyiapkan tugasan folio ini
sebelum masa yang ditetapkan untuk menghantar. Sesungguhnya yang baik itu
datang dari Tuhan, manakala yang lemah itu atas kelemahan kita sebagai insani.
Sekian,
terima kasih.
PENGENALAN
Dalam fizik, muatan haba
tentu, c merupakan jumlah haba yang diperlukan untuk
meningkatkan seunit suhu per unit jisim sesuatu bahan.
Definisi muatan haba tentu yang lazim digunakan dalam dunia ialah jumlah tenaga
haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kg sesuatu bahan dengan
1 K.
Muatan haba tentu bagi sejenis bahan, contohnya air, unsur kimia, sebatian dan lain-lain
adalah tetap.
Kuantiti ini berbeza dengan muatan haba, C yang
merupakan jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan
tanpa mengambil kira jisim bahan itu.
PERINCIAN
HURAIAN SETIAP APLIKASI
a) SISTEM
PENYEJUKAN ENJIN KERETA
1.
Pembakaran yang terhasil dalam sebuah enjin kenderaan
menghasilkan jumlah haba yang besar. Terdapat keperluan untuk mengeluarkan haba
dari enjin untuk mengelakkan pemanasan enjin yang keterlaluan.
2.
Air yang mempunyai muatan haba tentu yang sangat
tinggi ( 4200 J kg-1 °C-1)
ialah suatu cecair yang sesuai untuk bertindak sebagai agen penyejukan untuk
menyerap jumlah haba yang besar tanpa kenaikan magnitud suhu yang besar.
3.
Pam air (water pump) akan mengepam air ke dalam blok
enjin. Blok enjin mengandungi saluran berongga untuk air mengalir melaluinya.
Keadaan ini membolehkan air untuk menyerap haba yang dihasilkan daripada
pembakaran bahan api.
4.
Kemudian air panas akan mengalir ke radiator di mana
ia kemudian disejukkan oleh udara yang disedut masuk oleh kipas radiator
melalui sirip penyejukkan radiator. Maka, haba dihilangkan dalam proses ini.
5.
Air dipilih sebagai pendingin di dalam enjin kerana:
a) Ia
mempunyai muatan haba tentu yang tinggi.
b) Ia
mempunyai takat didih yang tinggi.
c) Ia
adalah murah dan mudah didapati.
d) Ia
tidak bertindak balas dengan bahagian-bahagian di dalam enjin.
a) CEREK
1. Badan,dasar
dan pemegang cerek dibuat daripada bahan dengan muatan haba tentu yang berbeza.
2. Pemegang
diperbuat daripada bukan-logam seperti kayu dan plastik yang merupakan penebat
haba dengan muatan haba tentu yang besar. Haba akan mengalir dengan perlahan ke
pemegang dan ia boleh dipegang dengan mudah.
3. Dasar
cerek diperbuat daripada logam seperti kuprum yang merupakan pengalir haba yang
baik dan mempunyai muatan haba tentu yang kecil. Dasar ini akan menjadi panas
dengan cepat. Kuprum yang juga berketumpatan tinggi menyebabkan dasar lebih
berat. Ini memastikan bahawa cerek itu adalah lebih stabil.
4. Badan
cerek diperbuat daripada logam seperti aluminium yang merupakan pengalir haba
yang baik dan mempunyai muatan haba tentu yang kecil. Aluminium yang juga
berketumpatan rendah menyebabkan badan cerek menjadi ringan.
b) BAYU
DARAT
1.
Laut mempunyai muatan haba tentu yang lebih tinggi
berbanding dengan darat. Pada waktu malam, laut mengalami pengurangan suhu yang
lebih perlahan berbanding dengan darat. Udara di atas laut dipanaskan dan naik
ke atas akibat ketumpatanya yang rendah.
2.
Udara panas menghasilkan satu kawasan tekanan rendah
di atas laut dan kemudian udara sejuk bergerak ke arah laut untuk mengisi ruang
vakum separa pada permukaan laut.
3.
Pengaliran udara sejuk dari darat ke laut ini
dipanggil Bayu Darat
c) BAYU
LAUT
1.
Darat mempunyai muatan haba tentu yang lebih kecil
berbanding dengan laut. Pada waktu siang, apabila matahari mengeluarkan haba,
darat mengalami kenaikan suhu yang lebih cepat. Udara di atas darat dipanaskan
dengan lebih cepat dan naik ke atas akibat ketumpatannya yang rendah.
2.
Udara panas menghasilkan satu kawasan tekanan rendah
di atas darat dan dengan itu udara sejuk dari laut akan begerak ke kawasan
pedalaman untuk mengisi vakum separa di atas darat.
3.
Pengaliran udara sejuk dari laut ke arah darat
dipanggil Bayu Laut.
RUJUKAN
Internet:
http://mieyji96.blogspot.com/ (1 april 2015)
Subscribe to:
Posts (Atom)