Thursday, April 10, 2014

SEBATIAN KARBON


SAINS UNTUK APLIKASI VOKASIONAL (MTA505)


PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya Mohd Farmiezie ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Pn Hamidah Ripin kerana telah mengajar saya selama ini. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini, banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh beliau dalam subjek ini.
Tidak lupa juga saya tujukan penghargaan ini kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah banyak membantu saya dari segi kewangan dan dorongan yang amat berguna kepada saya sepanjang masa saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Semoga kerja kursus ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada mana-mana mahasiswa yang ingin merujuk bahan saya pada masa akan datang. Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam kerja kursus ini.
Akhir kata, saya berasa amat bersyukur kerana saya telah menyiapkan karja kursus ini sebelum masa yang ditetapkan untuk menghantar kerja kursus ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Tuhan, manakala yang lemah itu atas kelemahan kita sebagai insani.
Sekian, terima kasih.



1.0 PENGENALAN / PENDAHULUAN
Sebatian karbon adalah penting bagi kehidupan didalam planet ini. Molekul yang membentuk asas semua kehidupan adalah sebatian karbon. Sebatian karbon membentuk sebahagian besar daripada kebanyakan kehidupan, termasuk manusia. Protein yang membentuk darah, otot, dan kulit kita merupakan sebatian organik. Kita bukan sahaja berasal dari memperoleh khasiat dari sebatian organik, malahan juga sentiasa bertembung dengan setiap aspek kehidupan kita.





2.0 DEFINISI ISTILAH

2.1 Apakah yang dimaksudkan istilah “sebatian karbon”
  • Karbon, C, bergabung dengan unsur-unsur lain seperti hidrogen, oksigen, dan nitrogen untuk membentuk sebatian. Sebatian ini disebut sebatian karbon. Sebatian karbon boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu organik dan tak organik.


3.0 ISI KANDUNGAN
3.1 Pengelasan sebatian karbon kepada sebatian organik dan sebatian tak organik:
3.1.1         Maksud, sifat-sifat dan contoh-contoh sebatian karbon  organik.
Ø  Maksud:
·         Sebatian organik ialah sebatian yang mempunyai organisma hidup

Ø  Sifat-Sifat Sebatian Karbon Organik :
·         Berasal daripada benda hidup.
·         Terbakar dalam udara dan menghasilkan.
·         Gas karbon dioksida.
·         Saiz molekul besar.  
·         Larut dalam pelarut organic.

Ø  Contoh - Contoh Sebatian Karbon Organik
·         Karbohidrat
·         Vitamin
·         Sutera
·         Petrol
·         Urea
·         Protein




3.1.2         Maksud, sifat dan contoh-contoh sebatian karbon tak organik
Ø  Maksud :
·         Sebatian karbon tak organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada bukan benda hidup seperti mineral.

Ø  Sifat-Sifat Karbon Tak Organik.
·         Berasal daripada benda bukan hidup.
·         Tidak terbakar dalam udara.
·         Saiz molekul kecil.
·         Tidak terlarut dalam pelarut organic.

Ø  Contoh -Contoh Karbon Tak Organik
·         Karbon monoksida
·         Kalsium karbonat      
·         Galian di bumi
·         Gas di dalam atmosfera
·         Kalium hidrogen karbonat





3.2 Sebatian hidrokarbon:
3.2.1         Maksud sebatian hidrokarbon:
Hidrokarbon merupakan sebatian organik yang terdiri daripada  unsur hidrogen dan karbon. Hidrokarbon ialah sebatian organik yang mengandungi atom hidrogen dan atom karbon sahaja.


3.2.2         Sumber-sumber sebatian hidrokarbon (petroleum, gas asli, arang batu dan lain-lain)       :
      I.        PETROLEUM
·         Daripada tumbuhan dan haiwan laut yang tertimbun didasar laut berjuta-juta tahun dahulu .
    II.        GAS ASLI
·         Terperangkap antara petroleum dan batuan tidak telap dalam tanah .
   III.        ARANGBATU
·         Daripada tumbuhan dikawasan paya yang tertimbun dibawah  tanah berjuta-juta tahun dahulu.

                                              






3.3 Hasil pembakaran sebatian karbon organik:
Karbon dioksida akan terhasil apabila pembakaran sebatian karbon organik sekiranya cukup oksigen. Ia juga dihasilkan oleh pelbagai mikroorganisma hasil pencapaian dan pernafasan selular. Tumbuhan menggunakah karbon dioksida semasa proses fotosistesis, menggunakan kedua-dua karbon dioksida dan oksigen untuk membina karbohidrat.

Tambahan lagi, tumbuhan membebaskan oksigen ke atmosfera dimana ia akhirnya digunakan untuk pernafasan oleh organisma heterotrophic dan membentuk kitaran. Kehadirannya di atmosfera, bumi pada kepekatan rendah dan bertindak sebagai gas rumah hijau. Ia merupakan komponen utama kitaran karbon.






























9 comments: