Laporan ojk tok mestilah ringkas, tapi mudah dipaham. then mun boleh jgn trlalu bnyak penipuan. lagik2 bab latar belakang organisasi ya. agak balit toke ktk org, suroh nya crita latar belakang syarikat ny. tok cuma contoh jak laa, pake rujukan ktk org. yajak lahh.
PENGHARGAAN
Setinggi
– tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan Juman Enterprise
kerana telah memberi peluang saya menjalankan latihan industri di bengkelnya selama
4 bulan 2 minggu. Khasnya buat Majuman Bin Tembong selaku pengurus di bengkel
ini dan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan industri di syarikat ini.
Selain
itu, terima kasih saya ucapkan kepada Muhammad Asyraf Bin Majuman telah banyak
membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja dibengkel ini terutamanya perkara
yang saya tidak mahir. Pengurus bengkel ini juga banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya seperti penggunaan alatan terutama yang berkaitan dengan “special
tool” dan cara melakukan kerja dengan cara yang betul. Segala tunjuk ajar
daripada semua pekerja di bengkel terutama dalam bahagian mekanikal telah
memberikan saya pengalaman yang baru dalam selok-belok kerja.
Pengalaman
ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan pada masa yang
akan datang. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak unit
latihan industri dan jabatan kejuruteraan mekanikal Kolej Vokasional Kuching
yang banyak membantu dari penyediaan sebelum, semasa dan selepas menjalani
latihan industri dan penyediaan laporan latihan industri.
Tidak
lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan
sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan buku laporan dan menamatkan
latihan industri selama 4 bulan 2 minggu ini.
BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan
Bersyukur
saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapatlah saya menamatkan latihan
industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta menyediakan laporan
industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh jabatan saya.
Dalam
tempoh masa 4 bulan 2 minggu bermula pada 24 November 2015 sehingga 26 Mac 2016
, saya telah menjalankan latihan industri di syarikat Juman Enterprise. Dalam
tempoh saya berada di syarikat ini, saya dapat melalui pengalaman baru dalam
hidup saya terutama di dalam alam pekerjaan. Selain itu, saya dapat
mempraktikan apa yang saya belajar secara teori sewaktu di Kolej Vokasional dan
mengenali bahan, kelengkapan dan peralatan yang digunakan dalam latihan
industri.
Selain
itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat membuka minda
untuk memikirkan bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan dan mengenalpasti cara
untuk mengatasi masalah yang timbul semasa berada di tempat kerja. Ianya juga
dapat membantu saya menambah keyakinan diri terhadap kemampuan saya sendiri.
Selain
itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar
seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan sekerja dan
juga pihak atasan. Di dalam latihan industri, saya diberi peluang untuk
mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga
pihak atasan. Ini kerana tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang
di titikberatkan dalam alam pekerjaan.
Secara
tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin,
bertanggungjawab, membuat sesuatu keputusan dan berupaya menguji keyakinan diri
dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat
memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yang berkualiti dari segi mental dan
fizikal bagi mengisi kekosongan didalam alam pekerjaan pada masa akan datang.
1.2 Objektif
Latihan Industri
Para
pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus di Kolej Vokasional perlulah menjalani
latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 4 bulan 2
minggu . Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan
ke atas setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma daripada Kolej
Vokasional Kementeriaan Pendidikan Negeri. Di antara objektif utama latihan
industri ini wujud adalah :
- Mendedahkan
kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
II. Membolehkan
pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal di
firma atau sebaliknya.
III.
Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik
sesama pekerja.
IV.
Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan
berkeyakinan tinggi semasa latihan industri dijalankan dan dimasa akan datang.
1.3 Objektif
Laporan Latihan Industri
Apabila
tamat latihan industri yang dijalankan, setiap pelajar diharuskan membuat atau
menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh
pihak Kolej Vokaisonal. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan
latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut.
Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk
dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai
garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak
Laporan
yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang
berkenaan. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia
tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan
rujukan kelak.
Oleh
itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar.
Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan dan segala
peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh
pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihakpihak lain untuk penilaian serta
rujukan terhadap laporan tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah
buku laporan dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang
kejuruteran mekanikal dan pembuatan khususnya. Saya berharap buku laporan ini
dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung.
1.4 Kepentingan
Latihan Industri
Kepada
pelajar, latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi
peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses
pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat
dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat
gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar
itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam
sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat
penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang
akan diceburi kelak.
Selain
itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal
apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan
segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang
dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman
untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak lansung ia dapat memberi kesan
kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak
semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi
pembelajaran.
Dari
sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar
untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak
dinafikan kerana secara umum, sesebuah firma amat mengutamakan individu yang
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.
Walau
bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman
dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan
untuk dimasa akan datang.
Selain
daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut
akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi
ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja
yang berdedikasi dan cemerlang kelak.
BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Sejarah /
Latar belakang Syarikat Manjuman Enterprise
Syarikat
Juman Enterprise adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan semenjak 18 tahun
yang lalu iaitu pada tahun 1998. Ketika itu, En Majuman berumur 29 tahun. Walau bagaimanapun, pengurus syarikat
ini mempunyai pengalaman kerja yang luas kerana beliau bekerja dengan abangnya
sendiri yang juga seorang mekanik selepas tamat persekolah sekitar tahun 1988.
Boleh dikatakan beliau sudah bergelar mekanik hampir 28 tahun. Juman Enterprise
ini bukanlah syarikat yang besar, tetapi beliau meneruskan legasi yang
ditinggalkan oleh orang tuanya. Pengurus ini tidak mempunyai pengetahuan asas
dalam bidang automotif, tetapi beliau hanya belajar dari pemerhatian dan
pengalaman dari bapannya sendiri selain usaha dan dan perjuangannya yang tinggi
untuk menjadi usahawan yang berjaya. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan
membaiki, menservis, mengubahsuai dan membaikpulih badan kenderaan.. Segala
selok belok pengurusan perniagaan telah dipelajari sebelum menubuhkan syarikat
ini. Bengkel ini terletak dikawasan Padawan, Jalan Kuching – Serian, iaitu
Kampung Jawa. Hal ini kerana kawasan terbabit berdekatan dengan pusat bandar serta
dapat mengurangkan kos pengangkutan untuk membeli peralatan tangan dan
sebagainnya. Syarikat ini mempunyai 5 orang pekerja termasuk pengurus yang
mempunyai kepakaran tersendiri. Bengkel ini beroperasi setiap hari Isnin hingga
Sabtu jam 8 pagi hingga 5 petang.
2.2
Visi Dan Misi
VISI
Untuk
menjadikan seseorang pekerja yang berdedikasi, amanah, bertanggungjawab dan
mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan berkesan.
MISI
Melaksanakan
kerja – kerja penyelenggaraan kenderaan yang berkualiti pada jangka masa yang
singkat.
2.3 Matlamat Syarikat
- Berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
- Mempelbagaikan hasil keluaran.
- Mewujudkan warga yang prihatin terhadap tanggungjawab dan amanah yang diberikan
- Memberi
peluang maksimum kepada pemilik dan yang berkepentingan.
2.4 Prosedur-Prosedur
Pekerja Syarikat
Jadual di bawah menunjukkan masa
bekerja di bengkel Juman Enterprise. Ia adalah sama dengan waktu bagi pelajar
yang menjalani latihan industri.
2.3.1 : Jadual Waktu Bekerja
HARI
|
0800-1230
|
1230-1330
|
1330-1700
|
ISNIN
|
KERJA
|
REHAT
|
KERJA
|
SELASA
|
KERJA
|
REHAT
|
KERJA
|
RABU
|
KERJA
|
REHAT
|
KERJA
|
KHAMIS
|
KERJA
|
REHAT
|
KERJA
|
SABTU
|
KERJA
|
REHAT
|
KERJA
|
0800-1200
|
1200-1400
|
1400-1700
|
|
JUMAAT
|
KERJA
|
REHAT
|
KERJA
|
Yang Benar,
..................................................
(MAJUMAN
BIN TEMBONG)
Pengurus Syarikat Majuman Enterprise
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan
Bab
ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang dilakukan sepanjang
menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di
dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang
meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang
dijalankan akan dicatat dalam buku laporan harian.
Oleh
itu, bahagian ini akan meringkaskan lagi aktiviti-aktiviti dan tugas yang telah
saya jalankan semasa menjalani latihan industri. Segala aktiviti yang dilakukan
akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja
yang telah dilakukan dalam seminggu disamping akan memudahkan proses penyemakkan.
Hari
bekerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti
umum dan cuti yang diberikan oleh pihak
syarikat seperti ketika berlaku nya bencana alam. Dalam menjalani latihan
industri, saya telah didedahkan dengan banyak perkara yang baru. Selain
mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Kolej Vokasional, saya juga telah
didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu
dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan
industri.
Ketika
menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di bahagian
penyelenggaraan mekanikal yang lebih kepada kerja-kerja membaikpulih dan
menyelenggara kenderaan. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi
masa selama 9 jam sehari termasuk waktu berehat selama 1 jam, bermula dari jam
8 pagi hingga 5 petang setiap hari bermula dari hari isnin hingga sabtu.
Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri
selama 18 minggu.
3.2 Ringkasan Aktiviti
Latihan Industri
- MINGGU 1
(23 /11/ 2015 – 28 /11/ 2015)
1.
Melapor Diri
2.
Sesi Suai Kenal
- MINGGU 2 (30 /11/ 2015 – 5 /12/ 2015)
1.
Menukar ‘lining clutch’.
2.
Mengeluar injin kenderaan.
3.
Menservis kenderaan.
4.
Menukar ‘belting’ dan ‘timing belt’
- MINGGU 3
(7 /12/ 2015 – 12 /12/ 2015)
1.
Menukar penyerap hentak.
2.
Menservis system brek.
3.
‘General overhaul’.
- MINGGU 4
(14 /12/ 2015 – 19 /12/ 2015)
1.
‘General overhaul’.
2.
‘Top overhaul’ .
- MINGGU 5
(21 /12/ 2015 – 26 /12/ 2015)
1.
Menukar ‘lining clutch’.
2.
‘General overhaul’.
3.
Menservis kenderaan.
4.
Menukar ‘belting’ dan ‘timing belt’
5.
Menukar ‘waterpump’.
- MINGGU 6
(28 /12/ 2015 – 2 /1/ 2016)
1.
Menukar ‘waterpump dan hydraulic clutch pump’.
2.
Menukar ‘belting’ dan ‘timing belt’
3.
Menukar penyerap hentak.
4.
‘General overhaul’.
- MINGGU 7
(4 /1/ 2016 – 9 /1/ 2016)
1.
Membaikpulih badan kenderaan.
2.
Menservis kenderaan.
3.
‘General overhaul.
- MINGGU 8 (11 /1/ 2016 – 16 /1/ 2016)
1.
Menservis kenderaan.
2.
Membaikpulih badan kenderaan.
3.
Membaiki system brek.
4.
‘Top overhaul’.
- MINGGU 9 (18 /1/ 2016 – 23 /1/ 2016)
1.
‘Top overhaul’.
2.
‘General overhaul’.
3.
Menservis kenderaan.
4.
Menukar ‘lining clutch’.
- MINGGU
10 (25 /1/ 2016 – 30 /1/ 2016)
1.
Menservis kenderaan.
2.
Membaikpulih badan kenderaan.
3.
Menukar penyerap hentak.
4.
‘General overhaul’.
5.
‘Top overhaul’.
- MINGGU
11 (1 /2/ 2016 – 6 /2/ 2016)
1.
‘Top overhaul’.
2.
Menservis kenderaan.
3.
Membaiki system brek.
4.
Membaikpulih badan kenderaan.
5.
Menukar lining clutch.
- MINGGU
12 (8 /2/ 2016 – 13 /2/ 2016)
1.
Menservis system brek.
2.
Menservis system steering.
3.
Menukar alternature.
- MINGGU
13 (15 /2/ 2016 – 20 /1/ 2016)
1.
Menservis kenderaan.
2.
Menservis sistem brek.
3.
‘Top overhaul’.
4.
Menukar ‘lining clutch’.
- MINGGU
14 (22 /2/ 2016 – 27 /1/ 2016)
1.
Menservis kenderaan.
2.
Menservis sistem brek.
3.
Menukar penyerap hentak.
4.
‘General overhaul’
5.
Menukar ‘lining clutch’
- MINGGU
15 (29 /2/ 2016 – 5 /3/ 2016)
1.
‘General overhaul’.
2.
Menservis kenderaan.
3.
Membaikpulih badan kenderaan.
- MINGGU
16 (7 /3/ 2016 – 12 /3/ 2016)
1.
Membaikpulih badan kenderaan.
2.
Menservis kenderaan.
3.
Menukar ‘waterpump’.
4.
Menservis sistem brek.
- MINGGU
17 (14 /3/ 2016 – 19 /3/ 2016)
1.
Menservis sistem brek.
2.
Menservis kenderaan.
3.
Menservis sistem steering.
4.
‘Top overhaul’.
- MINGGU
18 (21 /3/ 2016 – 26 /3/ 2016)
1.
Menservis sistem steering.
2.
Menservis sistem brek.
3.
Menservis kenderaan.
BAB 4 : PROSES KERJA
4.1 Langkah Keselamatan
Bab ini menerangkan sesuatu perkara yang perlu
diutamakan ketika melakukan proses kerja. Sebelum, semasa dan selepas sesuatu
kerja itu dilakukan, banyak perkara perlu dinilai. Sebelum kami memulakan
latihan industri, kami telah didedahkan dengan kepentingan menjaga keselamatan.
Ketika melakukan latihan industry di bengkel Majuman Enterprise, saya dapati
keselamat meliputi dalam pelbagai bentuk iaitu:
ü Keselamatan diri
ü Keselamatan alat tangan
ü Keselamatan mesin
ü Keselamatan peralatan
elektrik
ü Keselamatan didalam
bengkel
Keselamatan merupakan factor yang mesti diambil
perhatian dan diamalkan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
BAB 5 : LAPORAN KERJA YANG DIBERIKAN
Pengenalan bab ini menerangkan bahagian
kerja yang dilakukan dan dipelajari sepanjang menjalani latihan industri.
Semasa menjalani latihan industri saya ditempatkan di bahagian mekanikal.
Semasa menjalani latihan saya sentiasa mengambil bahagian dalam kerja yang
dilakukan oleh petugas dan mempelajarinya. Saya juga mempelajari untuk
mengenali peralatan yang digunakan di ruang kerja. Selain itu, dalam bab ini
saya akan menerangkan beberapa kerja yang dilakukan berserta beberapa gambar
rajah yang akan di bentangkan dalam bab ini.
5.1 Sistem Brek ( menservis
‘master pump’)
a)
Kapitkan ‘master pump’ pada ragum.
b)
Tanggalkan takungan bendalir brek.
c)
Tanggalkan klip lengkung.
d)
Keluarkan injap sehala.
e)
Keluarkan pepasangan piston ‘master pump’.
f)
Periksa badan silinder dan dibahagian dalam ‘master pump’.
g)
Periksa pepasangan piston.
h)
Periksa injap sehala dan takungan bendalir.
i)
Pasang semula bahagian-bahagian ‘master pump’.
j)
Pasang takungan bendalir brek ke ‘master pump’.
k)
Uji kendalian ‘master pump’ sebelum dipasang pada kenderaan.
5.2 Sistem
Gantungan (mengeluarkan McPherson strut dari pegas gegelung)
a)
Mampatkan pegas gegelung dengan pemampat pegas.
b)
Tanggalkan penutup habuk galas.
c)
Tanggalkan nut di bahagian pendakap penyerap hentak.
d)
Keluarkan pendakap penebat dan pegas gegelung dengan
melonggarkan pemampat pegas perlahan-lahan.
e)
Periksa bahagian-bahagian yang diceraikan iaitu:
ü Kerosakan dan
kebocoran penyerap hentak.
ü Kelesuan
pegas.
f)
Mampatkan pegas gegelung dan pasang semula. Pasang
semula bahagian-bahagian yang lain.
BAB 6 : KESIMPULAN
Sebagai seorang hamba Allah s.w.t
yang wujud di muka bumi ini, pasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang
tersendiri. Oleh itu kita tidak seharusnya meninggikan diri akan kelebihan yang
diperolehi dan tidak berputus asa akan kekurangan yang ada pada diri. Sebagai
manusia tidak salah untuk kita sentiasa memperingati antara satu sama lain. Ini
kerana semua ini adalah untuk kebaikan dan kemantapan individu itu sendiri.
Dan
seterusnya akan berjaya mengetuai sesebuah syarikat itu dengan lebih mantap
lagi. Apa yang diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari kelemahan
kepada kelebihan begitu juga dengan diri saya. Sekali lagi sebagai hamba Allah
s.w.t yang biasa ingin saya menyusun sepuluh jari saya memohon maaf dan
keampunan terutama sekali kepada pihak firma sekiranya saya telah melakukan
kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan saya tidak disenangi oleh pihak tuan.
Tetapi
jauh dihati saya, ingin sekali untuk saya memberikan khidmat bakti saya kepada
Juman Enterprise ini kerana bagi saya selama 4 bulan 2 minggu saya menjalani
latihan industri disini, saya seolah-olah sudah mempunyai saudara baru.
Kemesraan, keprihatinan, dan segala pengalaman yang diperolehi disini tentu
sekali tidak dapat saya nilai dengan wang ringgit.
Tinggi
harapan saya supaya pihak bengkel Juman Enterprise sentiasa menerima kehadiran
saya dengan tangan yang terbuka apabila terdetik dihati untuk bekerjaya di bengkel
ini. Disini saya mendapat banyak kemahiran dan mempelajari sesuatu yang amat
berguna dan berkaitan dengan kursus Teknologi Automotif. Kemahiran ini benar–benar
memberikan motivasi kepada saya untuk menamatkan pengajian saya dengan jayanya
dan seterusnya melangkah kealam pekerjaan yang sebenar. Program latihan ini
juga membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pergaulan antara rakan–rakan
sekerja. Ia banyak mengajar saya agar lebih menitik beratkan hal–hal hubungan
social tidak kira dengan pihak atasan mahupun pekerja am.
Namun
demikian, sifat ingin tahu juga amat penting bagi membolehkan saya mengumpul
seberapa pengalaman dan pengetahuan. Tahap keyakinan saya juga ada bertambah dan
kini membuatkan saya lebih bersedia untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN
7.1 Komen
Semasa
saya menjalani latihan industri di syarikat ini saya amat berpuas hati dengan
layanan yang diberi oleh majikan kepada saya yang menjalani latihan industri di
syarikat tersebut. Walaupun syarikat ini merupakan salah satu syarikat yang
maju, bagi pandangan saya terdapat juga kelemahan yang boleh menjejaskan
pretasi syarikat ini antaranya ialah :
- Beberapa
peralatan yang disediakan oleh majikan tidak mencukupi dimana terdapat
beberapa peralatan mesin yang sering rosak.
- Sikap
segelintir pekerja yang tidak mementingkan ciri – ciri keselamatan. Contoh
seperti tidak menggunakan ‘jack stand’ dan bekerja dikawasan yang basah.
- Terdapat
sesuatu kerja tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan kerana
terdapat masalah dengan barang yang tidak mencukupi atau barang lambat
sampai atas sebab kelewatan pihak stor mengeluarkanya. Ini menyebabkan
untuk menghasilkn sesuatu kerja itu akan memakan masa yang panjang.
- Kekurangan
tenaga kerja antara penyebab sesetengah petugas terpaksa melakukan tugas
yang amat berat dan terpaksa menangung beban kerja.
7.2
Cadangan
Sebagai
mana yang diketahui, latihan industri adalah salah satu syarat bagi
penganugerahan sijil diploma kepada pelajar Kolej Vokasional. Jadi sewajarnya
jika semua pelajar dapat mengetahui dan mempelajari selok – belok kerja dan
mempraktikan segala yang telah dipelajari dahulu.
Walaubagaimanapun,
disini saya ingin memberikan beberapa cadangan yang difikirkan wajar untuk
meningkatkan mutu kerja syarikat dan kemajuan syarikat.
- Sikap
bertanggunjawab menjaga peralatan syarikat perlu ditanamkan kepada
petugas.
- Langkah
menyimbangkan pekerja sambilan atau pelatih perlu diambil untuk
menjimatkan masa dan meningkatkan mutu pengeluaran.
- Mengadakan
satu program khas oleh syarikat kepada pelatih dan pekerja bagi
mendedahkan pelbagai aspek untuk mencungkil bakat – bakat dalam diri
mereka.
Selain
itu, disini saya ini memberikan beberapa cadangan yang difikirkan wajar kepada
pihak Kolej Vokasional.
- Bagi
pandangan saya, wajar pihak Kolej Vokasional memberikan kelonggaran kepada
pelajar untuk memohon tamat latihan industri lebih awal dari tarikh yang
diberikan mengikut persetujuan organisasi latihan industri. Hal ini akan
memudahkan pelajar menyelesaikan segala urusan yang berkaitan terutama
yang menjalani latihan industri jauh dari institusi.
- Saya
juga berharap pihak Kolej Vokasional terutama pihak unit perhubungan memberikan
lebih maklumat tentang latihan industri kepada pelajar. Bagi memudahkan
dan pelajar lebih bersedia sebelum menjalani latihan industry.
- Selain
itu, maklumat dari segi kandungan penulisan akhir latihan industri dan
penulisan maklumat dalam power point untuk dibentangkan selepas tamat
latihan.
IV. RUJUKAN
- Penyelia,
Muhammad Asyrah Bin Majuman, Syarikat Juman Enterprise.
- Penyelia
OJT, Encik Shuhor Bin Ahmad, Pensyarah, Unit Teknologi Automotif, Kolej
Vokasional Kuching.
- Encik Idhamranizam
Hj. Aleh, Pensyarah, Unit Elektronik, Kolej Vokasional Kuching.
OJT tok nang best. arum bulak ehh yaalah pengalaman ktk org yg sbenar. sbenarny bnyk gk gmbr mok ku nunjok. tp yalahh, line slow nak mampus. mun crik tmpt ojt yaa, jgn prgi syarikat besar ilak, cayak mdh ku, sikda pengalaman ilak ktk org sia. xbnyk keja ny berik. mun bengkel2 biasa tok bukan ku nak nganok laa, tp boleh tnyk sapa yg prnh practical sia. besttt dooo. blom gk masok hal overhaul gearbox, celahh gigi jak bah polah yaa.