Wednesday, January 23, 2013

General Overhaul


PENGHARGAAN
           
 Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, En Shuhor kerana telah mengajar saya terutamanya cara-cara penyengaraan kenderaan. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini, banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh beliau seperti merombak, memeriksa, menguji, melaras, memasang komponen-komponen kenderaan dan sebagainya.
Tidak lupa juga saya tujukan penghargaan ini kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah banyak membantu saya dari segi kewangan dan dorongan yang amat berguna kepada saya sepanjang masa saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Semoga kerja kursus ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada mana-mana mahasiswa yang ingin merujuk bahan saya pada masa akan datang. Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam kerja kursus ini.
Akhir kata, saya berasa amat bersyukur kerana saya telah menyiapkan karja kursus ini sebelum masa yang ditetapkan untuk menghantar kerja kursus ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Tuhan, manakala yang lemah itu atas kelemahan kita sebagai insani.
Sekian, terima kasih.













GENERAL OVERHAUL

ROMBAK RAWAT KEPALA SILINDER

Pengenalan

Enjin terdiri daripada dua bahagian utama iaitu kepala silinder dan bongkah enjin. Pelbagai jenis kerja penyenggaraan perlu dilakukan untuk menjamin prestasi enjin.

ENJIN
Fungsi:
  • Menghasilkan kuasa untuk menggerakkan kenderaan dan menjalankan semua peralatan elektrik serta alat tambahan dalam kenderaan.


KENDALIAN
Kendalian enjin dua lejang:
  • Enjin dua lejang tidak menggunakan injap. Sebaliknya, terdapat liang pada dinding silinder yang ditutup dan dibuka oleh pergerakan piston iaitu liang masuk, liang pindah dan liang ekzos.


Kendalian enjin empat lejang:
  • Enjin empat lejang mempunyai injap dan prosesnya melibatkan empat lejang iaitu lejang masuk, mampatan, kuasa dan ekzos.








PENGELASAN ENJIN

Kepala silinder:
ü  Fungsi utama kepala silinder adalah untuk menutup silinder enjin agar dapat membentuk ruang pembakaran. Komponen-komponen utama yang terpasang pada kepala silinder ialah aci sesendol, pemasangan injap dan palam pencucuh. Kepala silinder enjin lama dibuat daripada besi tuang sementara enjin moden menggunakan aloi aluminium.


Aci sesendol:
ü  Fungsi utama aci sesendol ialah membuka injap masuk dan injap ekzos mengikut urutan yang ditetapkan. Gear aci sesendol dipasang pada bahagian hadapan aci sesendol dan disambungkan pada gear aci engkol dengan tali sawat pemasaan. Aci sesendol biasanya dibuat daripada besi tuang. Jurnal aci sesendol bergerak di dalam galas yang terdapat di dalam kepala silinder.


Pandu injap:
ü  Pandu injap ialah tempat batang injap bergerak. Terdapat dua jenis pandu injap, iaitu pandu injap kamiran dan pandu injap pasang tekan. Jenis kamiran dibuat semasa proses pembuatan kepala silinder sementara jenis pasang tekan ialah sarung yang dipasang pada lubang dalam kepala silinder.


Dudukan injap:
ü  Dudukan injap bersama-sama muka injap berfungsi menghasilkan kedap udara. Jenis dudukan injap ialah dudukan kamiran dan dudukan pasang tekan. Dudukan kamiran terdapat pada kepala silinder besi tuang sementara jenis pasang tekan terdapat pada dalam kepala silinder aloi aluminium. Sudut dudukan injap dalam enjin iaklah 45° atau 30°.
Pepasangan injap:
ü  Kenderaan menggunakan sama ada injap jenis popet atau cendawan. Injap dibuat daripada proses larikan dan bahagian utamanya ialah muka, batang dan jidar injap. Terdapat dua jenis injap iaitu injap masuk dan injap ekzos. Kepala injap masuk lebih besar daripada kepala injap ekzos. Sesetengah batang injap ekzos mengandungi natrium untuk menyejukkan injap. Sudut muka depan injap ialah 45° dan 30°.

·         Pengadang injap dibuat daripada getah neoprene berfungsi untuk menghalang kemasukan minyak pelincir ke dalam ruang pembakaran.
·         Pegas injap dibuat daripada keluli pegas dan dibezakan berdasarkan bilangan gelung, ukuran dan ketegangannya.



Panca rongga masuk:
ü  Panca rongga saluran masuk diperbuat daripada aloi aluminium dan dipasang pada bahagian kepala silinder. Karburator atau pemancit dipasang pada panca rongga masuk dan mempunyai saluran yang disambung ke setiap silinder. Campuran udara dan bahan api yang masuk melalui saluran ini.

Panca rongga ekzos:
ü  Panca rongga ekzos diperbuat daripada besi tuang dan dipasang pada bahagian tepi silinder. Semasa injap ekzos terbuka, gas ekzos keluar melalui saluran panca rongga ke injap ekzos.













UJIAN MAMPATAN

Ujian mampatan dilakukan atas sebab berikut:
ü  Kuasa enjin berkurangan.
ü  Penggunaan minyak pelincir yang berlebihan.
ü  Penggunaan bahan api yang tinggi.

Jenis ujian mampatan:
ü  Mampatan kering.
ü  Mampatan basah.

Ujian mampatan basah dilakukan apabiala bacaan ujian mampatan kering adalah rendah daripada spesifikasi. Ujian ini dilakukan untuk menentukan sama ada kebocoran berlaku pada kawasan kepala silinder atau pada bahagian-bahagian bongkah silinder.














RAWATAN KEPALA SILINDER
Rajah 1: Kepala silinder

Merombak kepala silinder:
ü  Kerja menyenggara kepala silinder hendaklah mengikut prosedur. Kerja melonggarkan bolt dua atau tiga peringkat hendaklah mengikut urutan. Kepala silinder diletakkan di atas alas kayu agar tidak merosakkan permukaan kepala silinder. Pepasangan injap yang ditinggalkan disusun mengikut susunan silinder.

Pemeriksaan:
ü  Kerataan permukaan kepala silinder boleh diuji dengan menggunakan lurus tepi. Permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan kebocoran gas dari pada silinder enjin. Keretakan kepala silinder boleh dikesan dengan menyemburkan pencelup yang akan menusuk ke bahagian yang retak.
ü  Kelegaan minyak aci sesendol diuji dengan menggunakan tolok plastik dan kelurusan aci sesendol diuji dengan menggunakan tolok dial.
ü  Injap diperiksa untuk mengesan kerosakan seperti terbakar, calar, haus pada permukaan injap dan leburnya muka injap. Jika kelegaan antara pandu injap dengan batang injap melebihi spesifikasi, pandu injap hendaklah diganti.
ü  Pegas injap diperiksa untuk memastikannya square dan tidak melebihi spesifikasi dari segi panjang dan ketegangan.
ü  Dudukan injap diperiksa untuk mengesan bopeng dan kehausan. Penyelasaiyannya ialah dudukan dicanai atau diganti jika terlampau haus.
ü  Pepasangan aci jumpelang diperiksa dan, jika kehausan melebihi spesifikasi, ini akan menyebabkan enjin hingar semasa beroperasi.

ROMBAK RAWAT BONGKAH ENJIN

Pengenalan
Dalam bab ini anda dapat mengenali bahagian-bahagian utama bongkah enjin serta mempelajari istilah, formula dan pengiraan. Seterusnya, melakukan kerja pemeriksaan, pengujian, memasang kembali, menghidupkan dan menyala enjin.


BONGKAH ENJIN

Rajah 2: Bongkah enjin

BAHAGIAN DAN BINAAN ENJIN
Bongkah enjin:
a)    Bongkah enjin terdiri daripada bongkah silinder dan kotak engkol.
b)    Binaan tersebut menjadikan enjin lebih kukuh.
c)    Bongkah enjin dibuat daripada besi tuang bercampur dengan nikel dan kromium.
d)    Untuk kenderan yang mengutamakan kelajuan, enjin mestilah ringan dan bongkahnya dibuat daripada aloi aluminium.
e)    Silinder bongkah enjin dikelilingi selubang air untuk mengekalkan suhu kerja.


Takungan minyak pelincir:
a)    Takungan minyak pelincir dibuat daripada jenis keluli tekanan.
b)    Ada juga takungan yang dibuat daripada aloi aluminium untuk memudahkan aliran haba. Sirip penyejuk juga terdapat di sekeliling takungan untuk penyejukan enjin.
c)    Takungan ini menakung minyak pelincir dan mempunyai palam salir.


Piston dan gelang:
a)    Piston dibuat daripada aloi aluminium.
b)    Gelang piston dibuat daripada besi tuang dan keluli.
c)    Pemasangan piston dalam silinder mestilah jitu untuk menerima hentakan lejang kuasa.
d)    Piston juga mestilah tahan haba.
e)    Bagi menjamin kekedapan dalam silinder, gelang mampatan dipasang pada piston.
f)     Gelang minyak memudahkan dan mengawal pelinciran pada silinder serta mengelakkan minyak pelincir sampai ke ruang pembakaran.


Rod penghubung dan cemat piston:
a)    Rod penghubung dipasang pada piston melalui cemat piston dan hujung yang satu lagi dipasang pada cemat aci engkol.
b)    Rod penghubung dan cemat piston mengubah pergerakan piston secara salingan pada putaran melalui aci engkol.


Aci engkol dan roda tenaga:
a)    Galas utama menahan aci engkol.
b)    Apabila berputar, aci engkol mengalirkan kuasa ke kotak gear dan seterusnya ke roda pemacu.
c)    Aci engkol dibuat daripada besi tuang bercampur aloi. Jurnalnya adalah lebih keras dan mempunyai permukaan yang licin.
d)    Roda tenaga dipasang pada bahagian belakang aci engkol.
e)    Ia ditimbang dengan tepat, berperanan untuk menyerap kuasa dari lejang kuasa dan meneruskan pusingan pada lejang lain.
f)     Roda tenaga yang dipasang pada bahagian aci engkol mempunyai gear yang bergigi untuk memudahkan motor penghidup memusingkannya.



PEMERIKSAAN DAN PENGUKURAN KOMPONEN

MAKLUMAT PENTING

Pemeriksaan komponen:
ü  Kejituan pemasangan piston ke dalam silinder dapat menentukan pretasi sesebuah enjin.
ü  Keadaan ini menghasilkan mampatan yang tinggi dan kuasa optimum dengan penggunaan bahan api yang efisen.
ü  Silinder perlu diukur bagi menentukan tahap kehausannya.
ü  Kehausan silinder, gelang piston, piston dan galas engkol boleh mengakibatkan perkara berikut:
                      I.        Berlakunya tamparan piston.
                    II.        Pengurangan kuasa.
                   III.        Penggunaan bahan api dengan kadar yang tinggi.
                  IV.        Kadar penggunaan minyak pelincir yang tinggi serta enapan karbon di dalam ruang pembakaran.
                   V.         Kehausan galas aci engkol akan menyebabkan berlakunya bunyi hentakan semasa lejang kuasa dan mengakibatkan percikan minyak pelincir dengan kadar yang tinggi ke dalam silinder. Keadaan ini akan menyebabkan pembakaran minyak pelincir dan menghasilkan asap berwarna biru.











PEMASANGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN

MAKLUMAT PENTNG
Pemasangan bahagian-bahagian:
ü  Berhati-hati semasa memasang pengadang minyak pelincir. Kerosakan pada bibirnya akan menyebabkan kebocoran.
ü  Pastikan galas dipasang dalam keadaan bersih. Kekotoran boleh mempercepatkan kehausan pada galas.
ü  Apabila memasang gelang piston kedudukan selanya hendaklah dipatuhi seperti dalam manual workshop. Tujuannya untuk mengelakkan kebocoran gas dalam silinder.
ü  Pemeriksaan dan pemasangan tali sawat pemasangan hendaklah mematuhi peraturan yang sedia ada. Periksa tali sawat pemasaan samaada retak atau haus.
ü  Pelarasan kelegaan injap hendaklah menepati penentuan pembuat. Kelegaan yang lebih menyebabkan kebisingan injap sementara kelegaan yang kecil boleh menyebabkan injap terbakar dan enjin kehilangan kuasa.



KERJA PENALAAN

MAKLUMAT PENTING:
Penalaan enjin adalah penggantian kompenen dan pelarasan jitu untuk mencapai prentasi enjin yang optimum.
Beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum kerja penalaan:
ü  Sistem penyejuk:
                       I.        Memeriksa paras air dalam tangki simpanan.
                      II.        Air radiator hendaklah bebas daripada kesan minyak.

ü  Sistem pelincir:
                       I.        Pastikan paras minyak pelincir mencukupi.
                      II.        Pastikan minyak pelincir tidak bercampur dengan air atau berubah warna.

ü  Penapis udara:
                      I.        Bersihkan elemen dengan udara mampat.


ü  Tudung pengagih dan kabel:
                      I.        Periksa keretakan pada tudung pengagih.
                    II.        Periksa sambungan kabel.

ü  Bateri:
                      I.        Pastikan punca bateri bersih dan kemas.
                    II.        Pastikan punca bateri dipasang dengan betul.
                   III.        Periksa paras elektronit.

ü  Palam pencucuh:
                      I.        Pastikan palam pencucuh dalam keadaan baik.
                    II.        Periksa palam pencucuh.

ü  Tali sawat:
                      I.        Periksa keadaan tali sawat samaada haus atau retak.
                    II.        Periksa ketegangan tali sawat.

ü  Kelegaan injap:
                      I.        Pastikan kelegaan injap mengikut spesifikasi.

Sunday, January 20, 2013

_DashBoard_


ada banyak gk jenis lapu indicator tok sbenarnya, lebih kurang 60 gia. mun sik 60 lebih. yg tok cuma asas kat kereta2 kinektok. makin canggih kreta yaa, makin bnyk lapu kelip2.




1. Hand Brake Light
yang paling penting dan asas sekali, tapi ramai jugak yang tak perasan dan jarang tengok dashboard hand brake tu tak turun. Kalau menyala maknanya hand brake tak dilepaskan atau tak cukup lepas. Kalau menyala jugak walaupun dan diturunkan tu, ade problem la tu dgn brake tu, minyak tak cukup ke, getah kembang ke... pegi la check.












2. Pintu terbuka
Pintu tu terbuka atau tak tutup rapat, sebelum memandu pastikan semua pintu dah rapat, tengok-tengok sikit mana tau kain anda tersepit kat pintu ke kan? Bonet belakang tak rapat pun boleh menyala lampu ni.










3. Enjin sejuk
Kalau kain layar ni warna hijau ade tulis cool, enjin sejuk lagi, Toyota Vios yang takde meter temperature ade lampu ni nak bagitau enjin masih sejuk, jangan jalan lagi.






4. Enjin panas.
Yang ni terus matikan enjin, jangan mengade nak jalan kalau sayang duit tu. Tak pasal-pasal kene tukar enjin kang. Ini berlaku bila ade kebocoran pada radiator atau air radiator takde la.. sape suruh tak check.








5. Meter minyak menyala
Kalau dia blinking tu boleh lagi tu, kalau menyala je tak reti padam, tinggal beberapa kilometer je tu, cepat la isi minyak.








6. Anak panah pada meter minyak
Kalau ke kiri, maknanya tempat isi minyak anda berada di kiri, kalau anak panah menunjukkan kanan, kat kanan la tempat nak isi minyak tu. Mane la tau.. lupa.






7. Check Engine Light
Rupa paip ni atau dia tulis CHECK ENGINE tu adalah check engine light, lampu ni akan menyala masa pusingkan kunci dan sebelum crack enjin anda. Kalau menyala masa memandu adala sensor kereta rosak atau wiring tak kena tu.











8. Battery tak dicas
Kalau menyala sebelum start engine tu normal je, memang takleh nak cas bateri kalau enjin tak start, tapi kalau tengah memandu tu tibe-tibe menyala, alternator rosak la tu. Kejap lagi mati la enjin anda sampai bateri tu habis. Hubungi la siapa-siapa mintak bawak bateri baru ataupun tow je kereta tu sampai ke bengkel tukar bateri. Bateri baru pun tak boleh jalan jauh mana.






9. Minyak enjin tak cukup
Minyak enjin atau minyak hitam tu dah kurang. ada kebocoran kot atau minyak tu tak berjalan ke serata enjin. Kalau semua ok, minyak ada, minyak pun jalan, sensor rosak la tu. Kalau menyala ni tengah jalan cepat-cepat berhenti periksa takat minyak hitam anda, kalau kurang, jangan terus jalan, beli dan tambahkan sikit baru jalan.






10. Tali pinggang keledar tak dipasang
Pakai la tali pinggang tu... susah sangat ke? Kang pecah muke kalau tak pecah badan.


11. ABS tak berfungsi
Samada masalah ABS atau sensor, lampu ni akan menyala. Untuk kereta yang ada ABS sahaja.




12. Fog Lamp sedang dipasangkan
Fog lamp atau lampu kecik bawah head light tu sedang menyala, samada anda tak tutup atau rosak tak boleh nak tutup. Tapi kalau anda saje pasangkan memangla menyala.





13. Headlamp sedang menyala
Kalau anda sedang pasangkan Headlamp atau headlight, lampu ni akan menyala. Kalau kereta anda ade fungsi auto headlamp atau lampu depan terbuka secara automatik, lampu ni akan menyala menyatakan headlamp sedang dipasangkan kerana cuaca agak gelap.






14. High beam indicator
Atau lampu besar sedang menyala. Kalau anda terperasan menggunakan lampu ni secara tak sengaja, sila padamkannya.




15. Front airbag indicator
Nampak macam anjing je kan? pelik semacam. Samada lambang bawah tu orang dengan bola atau lambang SRS sahaja, bila menyala bermaksud airbag anda bermasalah dan mungkin tidak akan terkeluar jika kemalangan. Sila ke bengkel berhampiran untuk menyelesaikan masalah anda.




16. Pemanas cermin belakang terpasang
Untuk memberitahu anda heater atau pemanas cermin belakang sedang terpasang.




17. Tekanan tayar rendah
Yang ni tak semua kenderaan ada sensor ni dan lampu ni, Ia menyatakan tekanan tayar anda terlalu rendah atau tayar anda dah sampai masa untuk ditukar.




18. Auto Cruise engage
Jika kenderaan anda mempunyai fungsi auto cruise dan anda sedang menggunakannya, ia akan menyala.




19. AWD sedang digunakan
Untuk kenderaan yang mempunyai fungsi AWD yang boleh ditutup dan dipasangkan. Ia akan menyala jika anda sedang menggunakannya.








20. Traction Control ditutup
Tranction Control atau TCS sedang ditutup samada anda menutupnya dengan sengaja atau ia bermasalah. Jika ia berkelip ketika laju atau di selekoh, bermakna ia sedang bertungkus lumus mengelakkan sebarang masalah akibat geseran. Jadi perlahankan kenderaan anda. Untuk kenderaan yang dilengkapi TCS sahaja.






21. Overdrive ditutup
Biasanya untuk kereta transmisi automatik 4 kelajuan dengan butang O/D atau overdrive. Jika anda menekan butang ini, O/D akan dimatikan iaitu gear keempat akan dimatikan dan kenderaan anda tidak dibenarkan diapacu dengan gear keempat. Jadi anda hanya akan berjalan menggunakan gear 1,2 dan 3 sahaja.